Thursday, January 26, 2012

Malaysia berperanan bentuk koridor pertumbuhan baharu Asia

Utusan Borneo on 26 January 2012, Khamis PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia boleh berperanan penting dalam usaha pembentukan koridor pertumbuhan baharu, yang meliputi China, melalui Asia Tenggara dan India hingga ke Timur Tengah. Sambil menegaskan mengenai kepentingan koridor baharu itu, Perdana Menteri berkata perkongsian China-Asean-India-Timur Tengah itu akan dapat mewujudkan peluang perniagaan dan pelaburan yang besar. Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelancaran Majlis Perniagaan Global kena pada masanya kerana ini akan menjadi satu cara merapatkan para pemimpin perniagaan dan usahawan yang bukan sahaja dari China, India, Asean dan Timur Tengah, malah masyarakat keturunan Cina yang berselerak di seluruh...

Wednesday, January 25, 2012

Anwar Hanya Tabur Janji Kosong Untuk Raih Sokongan Rakyat Sabah, Kata Musa

KOTA KINABALU. 24 Jan (Bernama) -- Pelbagai janji yang ditabur oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Sabah termasuk menaikkan pemberian royalti minyak sehingga 20 peratus dianggap sebagai janji kosong yang sengaja digembar-gemburkan semata-mata untuk meraih sokongan. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata sudah menjadi lumrah bagi parti pembangkang menabur pelbagai janji apatah lagi menjelang pilihan raya umum. "Ini kerja pembangkang... mereka menjanjikan apa saja bulan dan bintang kerana mereka tahu mereka tidak memerintah dan mereka bukan kerajaan. "Semua janji ini adalah janji palsu. Saya percaya rakyat Sabah tahu janji ini adalah janji yang tidak boleh ditepati," katanya kepada pemberita...

Tuesday, January 24, 2012

PRU13: Najib yakin boleh rampas Kelantan

January 24, 2012 KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) berpeluang untuk merampas Kelantan daripada Pas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Najib, yang juga Presiden Umno, melahirkan keyakinan tersebut semasa perjumpaan dengan pemimpin BN Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dekat sini hari ini, sebelum mengakhiri lawatan setengah hari ke negeri ini. Katanya, Perdana Menteri menyatakan walaupun pertandingan antara BN dan Pas amat sengit, Kelantan merupakan 'winnable state' bagi BN pada pilihan raya umum itu. "Apabila keyakinan itu keluar daripada mulut Perdana Menteri...

Sunday, January 15, 2012

BN Perlu Tekun Dan Bijak Di Sarawak, Kata Presiden PRS

15 Januari, 2012 14:01 PM BINTULU, 15 Jan (Bernama) -- Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata Barisan Nasional (BN) tidak lagi boleh bergantung pada tagline kempen pilihan rayanya selama ini "Tiada Barisan Nasional, Tiada Pembangunan" di Sarawak kerana keadaan sudah berubah. Ini kerana pengundi yang ada sekarang "bukan saja terdiri daripada golongan muda, tetapi juga berpelajaran tinggi dan amat mengetahui segala perkara yang berlaku di sekeliling mereka"," katanya pada satu majlis jamuan anjuran PRS Cawangan Bintulu di sini, malam tadi. Masing berkata kewujudan Internet telah mengubah senario yang wujud sebelum ini. "Ia membawa kebaikan dan keburukan kepada kita. Dengan adanya Internet, kita ada media...

Transformasi Pendidikan, Modal Insan Asas Capai Negara Maju

Isnin Januari 16, 2012 mStar Online PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju tidak akan tercapai jika transformasi dalam bidang pendidikan dan modal insan tidak dilakukan dengan sebaiknya. Beliau berkata kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang besar dalam bidang pendidikan dan ia perlu didokong semua pihak termasuk rakyat bagi merealisasikan hasrat mencapai sebuah negara maju. "Bidang pendidikan adalah satu bidang keutamaan yang perlu diperjuangkan, yang perlu disuntik dari segi kewangan, prasarana serta dokongan moral semua pihak termasuk rakyat," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah cemerlang pelajar UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah)...

Friday, January 13, 2012

Selangor dibidas lengah isu air

Oleh Mohd Zin Ali dan Nazura Ngah bhnews@bharian.com.my 2012/01/13 MUHYIDDIN dan Ismail membayar pakej makan tengah hari Menu 1Malaysia di Restoran Tan Kopitiam sambil disaksikan Zulhasnan (dua dari kiri) di Kuala Lumpur, semalam. Sikap kerajaan negeri berdolak dalik mampu jejas kebajikan terhadap rakyat KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas sikap berdolak dalik Kerajaan Selangor dalam menyelesaikan isu bekalan air sehingga mendedahkan kawasan Lembah Klang dengan krisis bekalan air yang dijangka berlaku 2014. Sambil menyifatkan krisis itu semakin tenat dan berupaya memberi kesan kepada negara, Timbalan Perdana Menteri berkata jika kerajaan Selangor mendakwa mereka mengambil berat kebajikan rakyat, mereka sepatutnya membuat keputusan...

Thursday, January 12, 2012

SBPA ditangguh: Najib

bharian.com.my 2012/01/13 NAJIB memegang logo 1Malaysia sebagai simbolik pelancaran Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia sambil diperhatikan Muhyiddin, Ahmad Sarji (dua dari kanan), Hamad Kama (kiri) dan Wan Abdul Aziz (kanan) di PWTC, semalam. Kerajaan semak semula dasar, bincang isu pelaksanaan KUALA LUMPUR: Kerajaan menangguhkan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi membolehkan satu semakan semula dan perbincangan dengan pihak yang berkaitan diadakan, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, penangguhan bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA. "Setelah semakan semula dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan...

PKR mahu kerajaan bekukan aset NFC

RUZYA ADILA IDRIS January 12, 2012 Sinar Harian KUALA LUMPUR – Pengurusan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dipercayai telah memanggil satu mesyuarat lembaga pengarah syarikat itu dan Mesyuarat Agung Luar biasa (EGM), dijadual akan berlangsung esok, untuk memutuskan beberapa perkara penting. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa antara agenda yang akan dibincangkan termasuklah membuat keputusan mengenai cadangan pengambilalihan National Meat and Livestock Corporation (NMLC) yang dimiliki oleh ahli keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil oleh NFC. "Saya percaya tindakan tergesa-gesa memanggil dua mesyuarat ini dalam tempoh singkat berniat tidak baik dan akan mengganggu siasatan terhadap...

PRU 13: Kayveas tiada dalam senarai PPP

January 11, 2012 Sinar Harian PUTRAJAYA - Nama Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas tidak terdapat dalam senarai bakal calon parti itu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti yang dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. Mengesahkan perkara itu kepada Bernama hari ini, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, berkata beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada bertanding atau tidak kepada Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN). "PPP memang telah menghantar senarai nama calon yang berpotensi untuk bertanding dalam PRU 13 nanti dan nama saya tidak terdapat dalam senarai itu walaupun ahli parti mahukan saya bertanding semula. Biarlah Datuk Seri...

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia Untuk Mereka Berpendapatan RM3,000 Ke Bawah Dilancar

Khamis Januari 12, 2012 mStar KUALA LUMPUR: Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) kini dibuka kepada isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan. Skim ini adalah untuk mengalakkan mereka yang berada di dalam kumpulan berpendapatan rendah untuk menabung, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis pelancarannya di sini Khamis. Najib telah mengumumkan mengenai pembentukan skim ini ketika membentangkan bajet 2012 hujung Oktober lalu. Ia akan memberi faedah kepada sekurang-kurangnya 100,000 isi rumah. Di bawah skim ini, mereka yang layak boleh melabur RM5,000 di dalam skim amanah berkenaan dan mampu menikmati pulangan pelaburan sehingga RM134 sebulan. Mereka juga boleh memohon pinjaman daripada...

Wednesday, January 11, 2012

Adakah DAP Terima Pakai Satu Calon Bagi Satu Kerusi Pada Pilihan Raya Umum Akan Datang?

11 Januari, 2012 17:18 PM Oleh Alan Ting KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Adakah DAP akan menerima pakai dasar seorang calon bagi satu kerusi pada pilihan raya umum akan datang seperti yang ditekankan oleh Pengerusi Kebangsaan parti Karpal Singh? Persoalan ini telah menyebabkan ramai di kalangan anggota akar umbi DAP tersenyum sinis yang menyatakan mereka ingin sangat mempercayainya hanya jika ada jaminan bahawa tiada pengecualian diberikan kepada mana-mana pemimpin atau yang terpilih. "Lebih baik tanya (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng atau (Exco Selangor) Teresa Kok atau (pemimpin pembangkang Negeri Sembilan) Anthony Loke dan lain-lain yang kini menjadi Anggota Parlimen dan ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri)," kata seorang...

Sunday, January 8, 2012

Pemecatan Hasan Ali Soal Dalaman PAS - Najib

 09 Januari, 2012 10:42 AM Oleh Ahmad Kamil Tahir BLOEMFONTEIN (AFRIKA SELATAN), 9 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemecatan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai anggota Pas adalah soal dalaman parti itu dan dan tidak ada kena mengena dengan Umno. "Dari segi Umno kita anggap ini sebagai soal dalaman Pas dan tidak ada kena mengena sama sekali dengan sebarang campur tangan Umno dalam hal ini," kata Najib kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerjanya selama dua hari ke Afrika Selatan berakhir semalam. Najib, yang juga Presiden Umno, berkata ini bukan hanya soal pemecatan Hasan Ali tetapi permasalahn ini ada sangkut paut dengan dasar serta hala tuju Pas pada masa kini dan akan datang. "Nampaknya...

Tuesday, January 3, 2012

KBS Kaji Kaedah Pemilihan 222 Wakil Parlimen Belia

Rabu Januari 4, 2012 PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mengkaji kaedah pemilihan 222 wakil Parlimen Belia untuk memastikan kesaksamaan gender dan kumpulan etnik. Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Gan Ping Sieu berkata, kementerian mencadangkan agar permohonan untuk menjadi wakil belia dilaksanakan secara talian berdasarkan kawasan parlimen di seluruh negara. Cabaran besar proses ialah memastikan kesaksamaan gender dan semua kumpulan etnik, termasuk kumpulan minoriti mempunyai wakil di Parlimen Belia, katanya kepada pemberita, di sini Selasa. "Proses pemilihan wakil belia dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh satu atau dua bulan yang akan datang," katanya yang sebelum itu mengadakan dialog dengan National...

Azmin Beri Jaminan Perhimpunan Sokong Anwar 9 Januari Aman

Rabu Januari 4, 2012 Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB PETALING JAYA: Gerakan para penyokong Pakatan Rakyat (PR) untuk berhimpun menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hari pengumuman keputusan kes liwatnya pada 9 Januari ini dijamin sebagai satu perhimpunan aman, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali. “Kita juga memberi jaminan bahawa tidak akan ada sebarang insiden yang tidak baik akan berlaku melainkan terdapat provokasi daripada pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa. Sehubungan itu, Azmin berkata, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia dan anggota-anggota parti untuk bersama-sama berhimpun pada hari berkenaan. “Ini untuk meneruskan...

Calon BN Perak akan diumum lebih awal - Zambry

IPOH 3 Jan. - Barisan Nasional (BN) Perak akan mengumumkan lebih awal calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang. Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (gambar) berkata, langkah itu bagi membolehkan pengundi di sesebuah kawasan membiasakan diri dengan calon yang memenuhi kriteria disukai dan boleh menang. "Saya telah pun mengenal pasti calon-calon dan kita kini menjalankan penilaian secara berterusan terhadap semua yang berpotensi. "Kita belajar daripada kesalahan lalu apabila mengemukakan nama calon pada saat akhir," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan laluan alternatif Bercham ke Lebuh Raya Utara-Selatan di sini hari ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur,...

Dakwaan penyelewengan pemilihan cawangan SUPP berasas: ROS

Posted on January 3, 2012, Tuesday KUCHING: Siasatan pasukan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) baru-baru ini dikatakan menemui kebenaran di sebalik dakwaan berlaku penyelewengan ketika pemilihan cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). Jika ia memang benar, ia boleh menjejaskan parti dan mendatangkan kesan terhadap kesahihan Persidangan Tritahunan Perwakilan (TDC) parti baru-baru ini, lapor akhbar bahasa Cina tempatan, See Hua Daily News, semalam. Akhbar berkenaan dalam laporannya menyatakan bahawa sepasukan 17 pegawai daripada ROS dari Putrajaya berada di negeri ini selama dua minggu untuk menjalankan penyiasatan dan berjumpa dengan ketua-ketua cawangan. Kumpulan berkenaan melakukan siasatan di Pending, Sibu, Kanowit,...

Monday, January 2, 2012

Pemuda BN Sarawak kutuk penganjur Bebas Anwar 901

02/01/2012 3:02pm KUCHING 2 Jan. — Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak mengutuk sekeras-kerasnya penganjur kempen “Bebas Anwar 901” sempena keputusan kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Jan. ini. Ketuanya, Datuk Fadillah Yusof berkata, kempen itu menggambarkan mereka yang bersimpati dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak menghormati undang-undang negara dan meletakkan kepentingan individu lebih daripada kemakmuran rakyat dan negara. Beliau berkata, penganjur itu juga mahu memburuk-burukkan imej negara sekaligus memberi gambaran negatif kepada pelancong dan pelabur tentang Malaysia. Katanya, penganjur berkenaan juga jelas mempermain dan mempersendakan serta cuba melengah-lengahkan keputusan Mahkamah...

Sunday, January 1, 2012

Kempen 'Bebas Anwar' Hanya Untuk Kepentingan Individu: Penganalisis Politik

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kempen Bebas Anwar 901 yang dirancang oleh sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat tidak lebih daripada usaha memperjuangkan kepentingan peribadi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut pemerhati dan penganalisis politik. Dijadual berlangsung 9 Jan ini pada hari penghakiman kes liwat membabitkan Anwar sebagai tertuduh, dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan selaku pengadu, dilihat sebagai satu helah PKR bagi mempengaruhi masyarakat kononnya kesemuanya hanyalah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar yang merupakan ketua umum parti itu. Namun, rata-rata pemerhati menganggap tindakan tersebut seolah-olah membuatkan Anwar dan pengikutnya begitu yakin bahawa beliau sudah didapati...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Templates | Affiliate Network Reviews