Tuesday, February 28, 2012

Kelabit tidak lagi terpencil

by Mohd Achil Norrlatep. Posted on February 26, 2012, Sunday Menara telekomunikasi hubungkan mereka dengan dunia luar LONG PELUAN: Sekitar 400 komuniti Kelabit di Long Peluan kini tidak lagi terpisah jauh dari dunia luar dengan kewujudan menara telekomunikasi di kawasan itu. Ketua Kampung Tuloi Bayo berkata, dengan kewujudan kemudahan komunikasi tersebut, kini mereka dapat berhubung dengan orang tersayang yang berada jauh di mata melalui telefon bimbit. “Tekan sahaja nombornya sekarang kita dapat bercakap dengan sesiapa sahaja kita mahu, terutama anak saya yang jauh di Miri dan Brunei,” katanya kepada Utusan Borneo semalam. Menara oleh syarikat telekomunikasi Celcom berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyudin...

Saturday, February 25, 2012

Parti Komponen Bermasalah Mesti Utamakan Persiapan Hadapi Pilihan Raya - Muhyiddin

BARAM, 25 Feb (Bernama) -- Para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sarawak yang menghadapi masalah dalaman parti perlu mencari jalan penyelesaian yang tidak menggugat kedudukan parti pemerintah dalam pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata semua pihak yang terlibat perlulah memberi keutamaan kepada persiapan BN dalam pilihan raya umum ke-13 dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi di dalam parti masing-masing. "Kita tahu perkembangan yang berlaku dan kita tahu apa isunya. Apa yang kita minta adalah supaya semua pemimpin terlibat mengambil kira perkara yang lebih besar dalam menyelesaikan masalah itu. "Kita tahu ia rumit tetapi ada cara ia dapat diselesaikan...

Wednesday, February 22, 2012

Kerajaan Pas Kelantan Dituntut Tunai 22 Janji

Sekarang ini siapa yang memberi gula-gula pilihanraya?!!  Kalau dulu PAS merasuah Orang Asli!!!??  Namun mereka tetap kalah semasa PRK sehingga menurunkan calon wanita!!??  Namun calon wanita pun bermasalah dan kahwin lari?!!!   Sekarang bagaimana PAS hendak tunaikan janji wang kempen dah awal-awal lagi calon PAS guna untuk kahwin 2 atau 3 !????  Siapakah sebenarnya idola puak PAS ni?  Nik Aziz atau Salleh Yaacob?!!! Hambo Tak Ingat?!!!  KOTA BAHARU, 22 Feb (Bernama) -- Gerakan TUKAR, sebuah badan yang menggabungkan sekumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kelantan, Rabu menuntut kerajaan negeri pimpinan Pas supaya menunaikan 22 perkara yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini. Pengerusi Gerakan TUKAR,...

Sunday, February 12, 2012

Kerajaan Yakin Bantuan RM100, BR1M Diteruskan Jika Ekonomi Berkembang Pesat

Ahad Februari 12, 2012 IPOH: Kerajaan Barisan Nasional (BN) berkeyakinan dapat menyalurkan bantuan persekolahan RM100 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 pada setiap tahun sekiranya ekonomi mencatatkan pertumbuhan pesat. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal berkata bantuan secara berterusan dapat dilaksanakan sekiranya rakyat terus memberi kepercayaan terhadap BN untuk terus memerintah negara ini. "Tak menjadi masalah (beri bantuan setiap tahun), kalau keadaan ekonomi kita tumbuh dengan pesat dan kita berpeluang untuk memerintah negara ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang meminta Perdana Menteri Datuk...

Pemuda Umno Buat Laporan Minta Polis Siasat Dakwaan Raja Petra

SHAH ALAM, 10 Feb (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno dan Pemuda Umno Selangor masing-masing Jumaat membuat laporan polis berhubung isu dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin bahawa terdapat dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat Selangor terlibat dalam skandal pasir di negeri ini. Laporan dibuat Ketua Pemuda Umno Selangor Ungku Md Salleh Ungku Abdul Jamal dan Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 9 di sini pada pukul 3.45 petang ini. Ungku Md Salleh berkata dalam laporan itu, mereka turut mengemukakan salinan daripada artikel Raja Petra yang disiarkan dalam portal berita Malaysia Today. Beliau berkata Pemuda UMNO mahu pihak polis menyiasat...

Friday, February 3, 2012

PM: BN Tadbir Urus Kekayaan Negara Menerusi Pelbagai Program Kebajikan

MARANG, 3 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya mentadbir urus kekayaan negara dengan baik sehingga dapat melaksanakan pelbagai program kebajikan yang membela rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah. Beliau berkata semua program itu dilaksanakan tanpa perlu meminjam daripada institusi kewangan luar seperti Bank Dunia mahupun Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) seperti yang didakwa oleh pembangkang. "Ini semua kita mampu buat sebab tadbir negara dengan baik sehingga membolehkan kekayaan dapat dipindahkan kepada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kawasan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang di Padang Astaka...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Templates | Affiliate Network Reviews