Tuesday, December 20, 2011

Hospital Mansuh Caj RM1

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad krull@bharian.com.my 2011/12/20  Warga tua 60 tahun ke atas tak perlu bayar ketika pendaftaran KOTA BHARU: Mulai 1 Januari ini, Kementerian Kesihatan akan melaksanakan pengecualian caj pendaftaran pesakit sebanyak RM1 kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas, di Jabatan Pesakit Luar Am, semua hospital atau klinik kerajaan. Setiausaha Bahagian Kewangan kementerian, Wong Foong Lai, berkata pelaksanaan itu bagi merealisasikan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang diumumkan dalam Bajet 2012 bertujuan menghargai jasa warga emas menikmati kemudahan awam terutama perkhidmatan kesihatan.  “Semua hospital dan klinik kerajaan dikehendaki melaksanakan pengecualian caj pendaftaran...

Monday, December 19, 2011

PM Lancar 1Malaysia TV

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Sejarah media baru negara telah terukir hari ini dengan pelancaran televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Televisyen interaktif yang boleh dilayari menggunakan telefon pintar dan tablet itu merupakan wadah dan sumber terbaharu bagi belia mendapatkan maklumat, berita dan mesej meliputi isu-isu semasa yang melibatkan golongan tersebut. Dengan melayari www.1malaysiaiptv.com.my atau www.erama.tv/mobiletv, pengguna boleh mengakses rangkaian saluran menarik seperti RTM1, RTM2, TV3, TV AlHijrah, My Youth TV (MyTV), CCTV1, e-Korea TV dan Documentary TV. Penasihatnya, Datuk Md. Afendi Hamdan, berkata pelancaran saluran Internet itu adalah sejajar dengan...

Perkasa penyertaan media baharu

by Sandy Mark Luna. Posted on December 19, 2011, Monday PERKASA MEDIA BAHARU: Taib melawat pameran pada majlis Sepetang Bersama AZAM sambil disaksikan oleh Morshidi (kiri) dan Aloysius (kanan). Sebagai bentuk komunikasi baharu beri pandangan kepada golongan belia  KUCHING: Penyertaan media baharu perlu diperkasa sebagai satu bentuk komunikasi baharu dalam usaha memberikan pandangan yang seimbang terutama kepada golongan belia. Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, memandangkan golongan muda seawal 13 tahun mula terdedah dengan dunia maklumat tanpa sempadan, mereka mudah terdedah kepada maklumat kurang tepat yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. “Oleh itu, cara terbaik adalah kita (kerajaan) terlibat dan...

Sunday, December 18, 2011

BN tidak 100 peratus sempurna tetapi lebih baik berbanding pakatan parti lain: Chor

Posted on December 17, 2011, Saturday ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) bukanlah sebuah parti yang 100 peratus sempurna tetapi ia jauh lebih baik daripada pakatan parti-parti politik yang lain. Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung berkata ini terbukti dengan kejayaan BN mentadbir negara sejak merdeka dan pencapaiannya. Bagaimanapun, katanya, prestasi cemerlang BN itu masih ada ruang untuk dipertingkatkan terutama dalam hal pentadbiran dan peningkatan. “Kerana itu saya ingin tarik perhatian pengundi-pengundi Cina jika mereka tersalah pilih (pada pilihan raya), kehidupan rakyat Malaysia akan banyak berubah. “Apa yang kita ada hari ini adalah hasil kerjasama, perpaduan semua kaum di negara ini. MCA telah pilih untuk bekerjasama dengan...

PBB mempunyai mekanisme memilih calon pilihan raya

Posted on December 19, 2011, Monday KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mempunyai mekanisme tersendiri untuk memilih calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dan tidak akan terpengaruh dengan budaya melobi. Ketua Pemuda PBB Datuk Fadillah Yusof berkata, pucuk pimpinan negeri dan persekutuan tahu menilai calon yang sesuai untuk bertanding. “PBB khususnya dan BN amnya ada mekanisme, tak perlu melobi kerana pemimpin (Pengerusi BN Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Pengerusi BN Persekutuan Datuk Seri Najib Tun Razak) tahu siapa yang benar-benar layak. “Malah, mereka tahu calon mana yang memahami perjuangan dan ikhlas untuk memberi yang terbaik kepada rakyat bukan sahaja pada waktu tiba pilihan raya kerana mereka (calon) telah...

Dr Jeffrey Kitingan Umum Penubuhan Pakatan Borneo Bersatu

16 Disember, 2011 21:24 PM KOTA KINABALU, 16 Dis (Bernama) -- Presiden Barisan Borneo Bersatu (UBF) Datuk Dr Jeffrey Kitingan Jumaat mengumumkan pembentukan perikatan dengan Sabah dan parti-parti yang berpangkalan di Sarawak dikenali sebagai Pakatan Borneo Bersatu yang akan memberi cabaran kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Bekas naib presiden PKR itu membuat pengumuman berkenaan di sini dengan kehadiran Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR) yang berpangkalan di Sarawak, Dr Dripin Anak Sakoi yang memegang jawatan itu selepas bekas president Dr Patau Rubis memegang jawatan pengerusi tetap parti. Turut hadir presiden sementara parti USNO yang baru dipulihkan Datuk Badaruddin Tun Datu Mustapha dan Timbalan Presiden...

Perubahan UMNO Tidak Harus Dibayangi Pemimpin Pentingkan Diri Sendiri

17 Disember, 2011 15:52 PM Oleh Mohd Noor Firdaus Mohd Azil KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Agenda transformasi yang dilaungkan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terus diperkatakan, namun soal menghayati aspirasi berkenaan di pihak anggota parti Melayu terbesar itu turut mendapat perhatian. Beberapa perkara acapkali dibangkitkan Najib dalam memastikan hala tuju parti berada pada landasan tepat, termasuk memastikan hanya 'winnable candidates' saja bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, selain usaha meremajakan parti itu. Namun, pemerhati politik melihat dalam kalangan segelintir pemimpin yang memegang jawatan seolah-olah wujud kerisauan akan kehilangan apa yang digenggam seandainya tidak tersenarai...

Taib bayangkan pembahagian kerusi Parlimen Sarawak kekal pada PRU

Posted on October 18, 2011, Tuesday KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membayangkan pembahagian kerusi Parlimen di Sarawak akan dikekalkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri semalam, Taib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri memberitahu, Sarawak tidak terjejas dengan proses penyelarasan formula pembahagian kerusi pilihan raya yang diguna pakai sekarang. “Saya rasa kita tidak mempunyai banyak perubahan di Sarawak dari segi peruntukan kerusi. “Apa yang dirujuk oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) itu mungkin atas cadangan beberapa parti dalam BN untuk bertukar kerusi, demi menghasilkan...

Ahli Politik Dan Pegawai Kerajaan Digalak Guna Laman Sosial

18 Disember, 2011 16:19 PM KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Ahli politik dan pegawai kerajaan perlu mengadaptasi kemudahan media sosial untuk merapatkan diri dengan rakyat berikutan wujudnya permintaan yang tinggi untuk maklumat di dalam negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata berdasarkan satu kajian, rakyat Malaysia menghabiskan masa secara purata sembilan jam sehari untuk berinteraksi secara 'online' melalui Twitter, Friendster, Facebook serta Myspace dan mereka juga tersenarai sebagai pengguna yang meluangkan masa paling lama menggunakan media sosial. "Permintaan untuk maklumat begitu tinggi di kalangan masyarakat dan sebab itu komunikasi dengan rakyat perlu menggunakan pelbagai kaedah tambahan,...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Templates | Affiliate Network Reviews