Friday, March 30, 2012

Sukar Untuk Ramal Keputusan Pilihan Raya: Dr Mahathir

PUTRAJAYA, 29 Mac (Bernama) -- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agar sukar untuk meramal keputusan pilihan raya umum akan datang kerana keadaan "agak mengelirukan". Beliau berkata pelbagai andaian dibuat mengenai sokongan kepada Barisan Nasional, dengan ada yang mengatakan ia meningkat dan ada yang berpendapat sebaliknya. "Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya kepada pemberita di sini Khamis. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan menang mudah di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang. Mengenai kemungkinan...

Monday, March 26, 2012

Luar bandar kekayaan Sarawak

by Sandy Mark Luna. Posted on March 27, 2012, Tuesday SIMBOLIK PERASMIAN: Taib (empat kiri) dan Ragad (empat kanan) bersama (dari kiri) Masing, Empiang, Jabu, Uggah, Morshidi dan Chuat memotong kek sempena Ulang Tahun Ke-10 Betong Diisytiharkan menjadi Bahagian Ke-11, semalam. BETONG: Ekonomi negeri mampu dijana ke tahap lebih tinggi hasil potensi luar bandar: Taib. Kerajaan akan memberi lebih banyak tumpuan kepada luar bandar memandangkan kawasan itu mempunyai potensi lebih besar untuk menggerakkan ekonomi Sarawak ke tahap lebih tinggi. Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memberitahu, kawasan luar bandar yang luas di negeri menjanjikan prospek amat cerah berikutan kekayaannya dari segi sumber asli dan tanah yang perlu diterokai...

Sunday, March 25, 2012

Usah termakan auta pembangkang: Najib

HAMIZAH BASIR 25 Mac 2012 PORT DICKSON – Rakyat dinasihatkan jangan terpengaruh auta pembangkang yang mahu menggugat keyakinan pada kerajaan Barisan Nasional (BN). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang akan mencari isu, sama ada ada fakta atau tidak kerana pilihan raya semakin hampir. “Rakyat mesti bezakan antara fakta dan auta. Saya lihat banyak yang diutarakan pembangkang bukan fakta tetapi auta, kalau lebih banyak auta daripada fakta, kita tidak boleh pakai orang yang banyak membawa auta daripada fakta. Kerajaan BN tak cari populariti semata-mata. “Bantuan...

Monday, March 19, 2012

Pemuda PBB perkenal ‘Armada Pemuda’

by Mahathir Haroun. Posted on March 18, 2012, Sunday Program berkonsep misi kemanusiaan giatkan pemimpin muda PBB turun padang KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengadakan satu program khas yang dikenali ‘Armada Pemuda’ berkonsepkan misi kemanusiaan bermula selewat-lewatnya Mei tahun ini. Ketuanya, Datuk Fadillah Yusof berkata, program berkenaan akan dijalankan di 10 zon bermula dari Kuching hingga ke Lawas dalam usaha menggiatkan penglibatan pemimpin muda untuk turun padang. “Ini adalah pendekatan yang digunakan kita untuk membolehkan semua exco Pemuda memahami denyut nadi rakyat, permasalahan dan apa yang perlu kita lakukan. “Kita memberi sumbang bakti kepada rakyat dengan merapatkan diri dengan mereka,”...

Saturday, March 10, 2012

Berdamai Boleh, Tapi Tidak Menerusi Jalan Pintas, Kata Ketua SPDP

KUCHING, 10 Mac (Bernama) -- Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) sedia berdamai dengan lima wakil rakyat, yang telah dipecat atau meninggalkan parti itu, demi kepentingan Barisan Nasional (BN) dan parti, kata presidennya, Tan Sri William Mawan. Mawan berkata beliau bersetuju dengan hasrat Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud agar kelima-lima mereka kembali ke dalam parti, namun proses itu tidak harus mengetepikan syarat-syarat asas parti dan BN. "Jika kita mengikuti jalan pintas untuk menyelesaikannya, maka kita akan berdepan dengan masalah lebih besar. Ia seperti lari dari mulut buaya masuk ke mulut harimau," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi parti di sini. Taib, yang juga pengerusi...

Saturday, March 3, 2012

Hulu Rajang, Kawasan Parlimen Terbesar Perlukan Wakil Rakyat Hebat

Oleh Edward Subeng Stephen KAPIT, 2 Mac (Bernama) -- Kawasan Parlimen Hulu Rajang, yang berkeluasan 31,817 km persegi, merupakan kawasan pilihan raya terbesar di negara ini yang secara fizikal keluasannya hampir sama dengan negeri Pahang. Mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balleh dan Belaga, Parlimen Hulu Rajang merupakan kawasan yang sangat mencabar daripada segi bentuk muka bumi dan kemudahan perhubungan untuk sampai ke sana. Natijah kawasan sebegitu luas dan kemudahan untuk mendekatinya yang masih ketinggalan berbanding kawasan lain di negara ini memerlukan wakil rakyat yang hebat dan sanggup menghadapi cabaran luar biasa. Hakikat ini pastinya memberi jawapan mengapa Anggota Parlimen Hulu Rajang Datuk Billy Abit Joo tampak...

Friday, March 2, 2012

Inisiatif Kerajaan Bertepatan Konsep Negara Madinah – PM

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Kebajikan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan bagi memastikan masyarakat berbilang bangsa di negara ini kekal bersatu padu kerana ia teras kepada kejayaan agenda transformasi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bagi tujuan itu, pelbagai inisiatif mesra rakyat yang bertepatan dengan konsep negara Madinah sebagaimana diasas Rasulullah SAW telah diperkenal dan dilaksanakan kerajaan. Antaranya jelas beliau, kerajaan mewujudkan beberapa produk di bawah jenama 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia; Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M); Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA); dan Menu Rakyat 1Malaysia. Selain itu, katanya, Amanah Saham 1Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia; Baucar Buku 1Malaysia (BB1M);...

Kuatkan Ekonomi Bumiputera

PUTRAJAYA 9 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan lima lagi pendekatan baru sebagai inisiatif untuk membantu memperkukuhkan agenda pembangunan ekonomi bumiputera. Pendekatan baru itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputra (MTAB) yang dipengerusikan beliau di sini yang antara lain bersetuju supaya bilangan syarikat teras bumiputera ditambah sebanyak 50 lagi berbanding 30 dalam fasa pertama. ”Syarikat-syarikat ini telah melalui proses penilaian dan penarafan. Dan kita sudah tentukan syarikat ini ada potensi untuk berkembang lebih maju dan jumlah hasil syarikat tersebut dalam lingkungan RM5 bilion. ”Konsepnya bukanlah kita janjikan setiap syarikat ini semestinya mendapat kontrak kerajaan...

Thursday, March 1, 2012

Najib Di Kelantan Untuk Lawatan Kerja Sehari

KOTA BAHARU, 2 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini pagi Jumaat untuk lawatan kerja sehari ke tiga daerah di Kelantan. Perdana Menteri tiba pada 9.25 pagi sebelum menaiki helikopter untuk menghadiri majlis ramah mesra bersama anggota tentera Rejimen Sempadan dan keluarga mereka di Batu Melintang, Jeli, selain menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli. Di Pasir Mas, beliau akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Hutan Chengal, dan menemui pengetua dan guru-guru di kawasan Parlimen berkenaan serta menghadiri jamuan rakyat di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas. Seterusnya, Perdana Menteri akan menghadiri majlis Pemimpin...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Templates | Affiliate Network Reviews