Thursday, July 26, 2012

Pegang Teguh Prinsip '1BN' Jika Ingin Menang Semua Kerusi Parlimen - Rundi

KUCHING, 24 Julai (Bernama) -- Pemimpin serta anggota komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu berpegah teguh pada prinsip '1BN' jika mahu memenangi semua 31 kerusi parlimen yang ditandingi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kelak. Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata komponen BN di Sarawak perlu mengambil pengajaran daripada kekalahan beberapa kerusi ke tangan pembangkang, termasuk dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya kerana kurangnya semangat 1BN, selain faktor dalaman parti masing-masing. "Bagi saya pembangkang tidak kuat di Sarawak, mereka menang (kerusi Parlimen dan DUN) sebab berlaku pertelagahan sesama sendiri dalam beberapa komponen BN," katanya ketika menyampaikan mesej...

Tuesday, July 3, 2012

Belia Cina diyakini akan sokong BN

Posted on Utusan Borneo July 2, 2012, Monday KUCHING: Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Fadillah Yusof yakin belia Cina akan memberi sokongan kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Bercakap kepada pemberita semalam beliau berkata berdasarkan sentimen positif ditunjukkan belia Cina, BN boleh melakukan yang lebih baik berbanding pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu. “Saya berpendapat kita (BN) akan meraih keputusan lebih baik kali ini berbanding pilihan raya negeri lalu disebabkan sokongan belia Cina semakin meningkat. “Anda boleh melihat sendiri ramai pemimpin muda Cina yang bersungguh-sungguh mahu BN menang kali ini,” katanya selepas menerima kunjungan hormat daripada ahli Parti Demokratik Progresif...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Templates | Affiliate Network Reviews