Friday, April 27, 2012

Tiada parti dapat bentuk pasukan sebaik BN: Taib

Posted on April 28, 2012, Saturday SIBU: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, tiada parti politik lain di negara ini yang boleh membentuk sebuah pasukan sebaik pasukan yang dibentuk oleh Barisan Nasional (BN). Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya, BN telah membentuk sebuah pasukan yang amat baik dengan pemimpin yang boleh memberikan apa yang rakyat mahukan. “Oleh itu, adalah adil bagi kita memberi mandat besar kepada Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum akan datang bagi memastikan kepimpinannya berterusan,” ujar Taib ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat, malam kelmarin. Ketua Menteri turut memberitahu, rakyat juga harus memberi kepercayaan kepada BN bagi terus...

Sunday, April 22, 2012

Najib umum Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang ganti Tsu Koon

Berita Harian2012/04/22 Teng Chang Yeow GEORGETOWN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang baru, menggantikan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Chang Yeow adalah Setiausaha Agung Parti Gerakan.  Najib mengumumkan demikian selepas mengadakan perjumpaan Bersama Jentera BN negeri sempena lawatan seharinya ke Pulau Pinang di Bukit Jawi Golf Club, di sini, pagi ini. Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan 345 PDM di seluruh Pulau Pinang.Najib berkata lantikan terhadap bekas Exco kerajaan negeri yang juga bekas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar itu akan berkuat kuasa hari ini."Saya umumkan pelantikan Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN Pulau...

Friday, April 6, 2012

BN serius, komited maju negara

Oleh Azmi Md Deros, Siti Fatimah Mohamed Anwar dan Nahar Tajribhnews@bharian.com.my2012/04/06 MUHYIDDIN berbual bersama wakil pertubuhan peniaga kecil dan pemandu teksi pada majlis perjumpaan di Padang Awam Taman Ria, Sungai Petani, semalam. Muhyiddin mahu rakyat terus sokong kepemimpinan capai Wawasan 2020 SUNGAI PETANI: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) serius dan komited menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dengan pendapatan rakyat meningkat dua kali ganda kepada AS$19,000 atau hampir RM60,000 setahun pada 2020. Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi mencapai matlamat itu BN tidak akan membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan kos, sebaliknya memberi jaminan akan menunaikan janji...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Blogger Theme by Lasantha - Premium Blogger Templates | Affiliate Network Reviews